Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009!  

Posted by: ::ViOLeT::

Assalamualaikum...

Lama jugak kn daku tak mengupdatekn blog ni. Emm saya rasa agak kemalasan untuk update sebelum raya hari tu. Tp sekarang, rasa rajin datang kembali. ;)
Sebelum apa2 hal, saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua. Minta ampun dan maaf atas segala kesilapan yang sengaja atau tak tersengaja. Insya Allah, takde yang sengaja...
Emm.. Raya tahun ni agak tak best sbb kat kampung, ramai sedara yang tak dapat blk. Tahun lepas best lah, sedara2 jauh semua balik. Meriah betul. Ramai sepupu spapat yang kecik2, tapi kdg2 bingit jugak telinga ni, yelah, duk kejar mengejar macam nak runtuh rumah wan saya tu.
Raya pertama di Kota Bharu, raya kedua dan ketiga di Tanah Merah. Sekejap je dpt blk sbb adik saya yg belajar di UIA terpaksa pulang ke sana pada malam raya ketiga.
Tahun ni, tahun pertama saya dengan rasa rela hatinya mengeluarkan sedikit daripada gaji saya untuk dijadikan duit raya. Huhu.. Almaklumlah, dah kerja. Yang penting, hati mesti ikhlas maa... Tapi yang nk dpt duit raya dr saya, mesti lah berumur 12 tahun ke bawah.. Yang lain tak kira aaaa.... ;P
Juadah raya tahun ni, nasi minyak ayam goreng dan gulai daging. Yum2.. Sate ngn nasi himpit (org teganu pggl nasi kapit) pon ada. Sate mmg juadah wajib menjelang raya. Saya pn pelik, kenapa di kelantan jarang sangat rumah yang menyediakan juadah biasa hari raya macam lemang, ketupat, rendang dll. Tapi di sini lebih kepada memasak pelbagai jenis masakan berasaskan nasi seperti nasi minyak, nasi dagang, mee goreng, dan sewaktu dgnnya. Mungkin orang cni mmg tak mkn lemang kot... Betul ke?

Apa2 pn, harap2 raya kwn2 semua best!! :)

My brothers and sisters:


Cancel! Cancel!  

Posted by: ::ViOLeT::

Dah kne batalkan...
Batal aka cancel utk menjadi pengawas PMR. Sebabnya ramai sgt ckgu petang yg dpt jadi pengawas. Pihak atasan just mahu ckgu tingkatan 3 yang menjadi pengawasnya... Adehh~~ Pasni jangan dipaksa jd pengawas SPM la pulak.. Kalu SPM, suh ckgu yg ajar SPM ekkk.... (-_-)

Ujian OTI 2 & Pengawas Peperiksaan  

Posted by: ::ViOLeT::

Assalamualaikum...

Aduhh.. Lenguh belakang, kaki, bahu, lengan. Ini semua gara-gara ujian OTI yang bakal menjelma selasa ni. Saya lak kena jadi pembuat soalan. Pastu fotostat, reso, angkut, susun, stapler kertas untuk pelajar seramai 350 orang. Banyaknye.... Ujian, ujiann....

Tapi tak ape la kan, nama lagi tanggungjawab. Semua orang diberi tugas yang adil dan saksama (macam hakim la pulak). Tambahan lagi kita ni guru yang baru, terima dengan ikhlas dan redha... :)

Malam ni baru siap stapler semua kertas. Start dari kul 9 sampai lah 11.45 mlm. Aihhh.. Lama tu... Macam mana lah tak sakit pinggang.. ;P Sekarang baru lah sempat untuk mengupdatekan blog dan donlod cita sket. Saya ni mmg suka sangat donlod cita, lebih2 lagi cita drama jepun dan korea. Tapi yang best2 aje lah...

Aduh.. Terketar2 pulak tangan ni.. Mungkin sbb lama sgt duk wt kje tu tanpa berhenti. Takpe lah mgkin kejap lagi akan ok.. Insya Allah..

Saya baru saja mendapat surat dari KPM untuk menjadi salah seorang pengawas peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Best tu mmg best sbb dpt lah elaun tambahan, tapi yang xbestnye, kena jaga sorg2. Yang lain ade jugak yang sama sekolah.. Isk2.. Nak buat mcm mana kn, terima... Sob2..

Saya telah dilantik untuk menjadi pengawas di SMK Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu. Tengok pada jadualnya, banyak hari jugak kne tinggalkan sekolah. Macam2 taklimat kna hadir. Pengalaman kn, kne lah dicari. Insya Allah, selama hidup ini, pengalaman harus dicari dengan banyak. Cewahh.. (Senyum sorang2) ;)

That's all for now.. Wassalam.. ;)

My New Template!!  

Posted by: ::ViOLeT::

Assalamualaikum...

New template! (^-^). Ni baru pasang smalam. Sekali tengok sudah berkenan. Setelah berdiskusi dgn 'org yang busy' tu baru lah complete template ni. Thanks very2 much ye dik!!! Jasamu dihargai. ;)

Mula-mula psg, ada pulak problem kat tarikh template ni. Jadi undefined lak. Mjur la dgn pertolongan ikhlas dari adikku yang disayangi, problem tu dapat diselesaikan. Suka sangat... hihi~~

Tapi yang xbesh nya, ada lak problem pada bhgn komen dan avatar. Tak boleh buat 'embedded below post'. Tapi saya dah 'enable' kn 'post page'. Tak dapat2 jugak... Mungkin ada problem kt template ni. Tapi takpe lah, kwn2 still lagi boleh komen tp dia akn kuar pop-up. Korang jgn disable pop-up lak ek... Hehe~~

Satu lagi masalah aka problem ialah pada bhgn avatar kt komen. Tak kuar gmbar la pulak.. Ish... Kalau kuar gambar kn beshh, leh tgk muka2 pengkomen ni.. ;)

Tapi takpe lah, at least leh komen kn. So kepada kwn2 yang teror bab template n blogging ni, leh la tolong sy ye.. Thanks...

Lenguhh...  

Posted by: ::ViOLeT::

Assalamualaikum..

Lenguh tangan ni, duk cari widget2 yg best, nk tambah dlm blog ni. Tapi tak berapa nk lawa lagi lah... Kne tanya orang yg lebih tahu, tp orang tu busy sgt lahh.. adehh~~~

Sekarang blog sy dah diupgradekn sket. Pasni akan ditambah dan diupgrade dengan widget 'n template yang lebih baik. Saya masih dalam mode belajar. :)

Grand Opening!  

Posted by: ::ViOLeT::

Assalamualaikum w.b.t

This is my first time blogging for serious. I'm so happy and I really hope that I will keep my blog 'live' with various stories of my life... (^-^)

Testing testing... Cakap omputeh lak tadi. Saje je tengok betul ke tak tulis dalam bahasa antarabangsa ni. Well, 1 Malaysia...

Tanggal 10 September 2009 a.k.a birthday adik saya, tercipta lah blog yang saya impikan selama ini.. Insya Allah, saya akan terus 'menghidupkan' blog saya ni setiap bulan..

First of all, I would like to express my grateful to Allah because of Him, I'm still breathing and can enjoy Ramadhan this year. Happy Ramadhan Karem to every muslim.

Saya membuka blog ini krn saya ingin sekali cuba untuk menceburi bidang penulisan. Sebelum membuka blog ini, saya suka membaca blog yang ditulis oleh kawan-kawan saya dan setelah itu saya terfikir, kenapa tidak saya tulis blog saya sendiri. And now, here I am.. ;)

Kenapa violet? Yeah, mesti ada tertanya tanya knp lah saya guna nick ni kn. Saya pn tak tahu kenapa tetapi sy sgt amat suka nick ini dan Insya Allah, saya akan terus menggunakannya. I just like it!!

That's all for now, I will keep it updated!!